Thursday 18 August 2011

17 Ramadan 1432: Membuka Lembaran Baru "Melangkah Ke Hadapan"

Assalamu'alaikum

Hari ini, 17 Ramadan 1432, memulakan blog "Melangkah Ke Hadapan".

Mengambil sempena tarikh turunnya wahyu yang pertama: lima ayat pertama dari Surah Al 'alaq.

Meskipun tiada riwayat yang muktamad tentang tarikh yang tepat ayat pertama diturunkan, namun ada baiknya memulakan langkah ini pada 17 Ramadan.

Moga terus istiqamah untuk berkongsi catatan agar dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan pembaca, juga untuk diri sendiri.





Wassalam

Nahar Md Nor

17 Ramadan 1432H
17 Ogos 2011

#############################

Iqra': Arahan Allah swt Yang Pertama

Surah 96 Al-Alaq ( 19 ayat ) العلق
1 Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
2 Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
3 Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
4 Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam, الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
5 Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
6 Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَى
7 karena dia melihat dirinya serba cukup. أَن رَّآهُ اسْتَغْنَى
8 Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu). إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى
9 Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى
10 seorang hamba ketika mengerjakan shalat, عَبْداً إِذَا صَلَّى
11 bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, أَرَأَيْتَ إِن كَانَ عَلَى الْهُدَى
12 atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)? أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى
13 Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? أَرَأَيْتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّى
14 Tidaklah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى
15 Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya, كَلَّا لَئِن لَّمْ يَنتَهِ لَنَسْفَعاً بِالنَّاصِيَةِ
16 (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ
17 Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya), فَلْيَدْعُ نَادِيَه
18 kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah, سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ
19 sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).

Perintah Allah swt yang pertama ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Iqra' bukan sekadar arahan untuk membaca. Malah ia membawa makna yang lebih luas dari itu. Ia juga membawa maksud mengkaji, menganalisa, mentadabbur, melakukan penyelidikan, dan segala yang berkaitan dengan mengembangkan ilmu.

Nyata sekali Islam meletakkan ilmu di tempat yang amat tinggi.

Ilmu berupaya memberi kefahaman dan membebaskan kita dari cahaya kegelapan. Orang yang berilmu ibarat penyuluh jalan yang sentiasa dicari oleh manusia.

Ilmu merupakan teman hidup dan harta yang paling berharga. Dengan ilmu kita menjadi orang yang bijak dalam tindakan. Dengan ilmu kita berupaya merungkai kekusutan dan melangkah ke hadapan.

Namun ayat yang pertama diturunkan ini memberi satu isyarakat lagi penting iaitu "Membaca dengan nama Tuhanmu". Kita diperintahkan bukan sekadar membaca. Sebaliknya kita perintahkan untuk membaca dengan nama Tuhan kita yakni Allah swt.

Dari awal lagi Allah swt mengajar kita untuk memulakan segala tindakan dan amal, termasuklah amalan mulia untuk membaca ini, dengan niat dan objektif yang jelas iaitu kerana Allah swt.

Pembacaan, pengkajian dan penyelidikan yang bertolak dari objektif yang jelas ini amat penting agar segala maksud perintah Allah swt untuk kita membaca akan mencapai objektif seperti yang dihasratkan oleh perintah Allah swt yang pertama ini.

Mari kita sama-sama mendoakan agar kita akan terus termasuk di dalam golongan yang menghayati perintah Allah swt yang pertama ini kerana ia akan banyak membantu kita untuk MELANGKAH KE HADAPAN!

Wassalam

19 Ramadan 1432H
19 Ogos 2011















No comments:

Post a Comment